Sunday, September 15, 2013

Bertangas (V-Spa)



Bertangas adalah satu sesi yang menggunakan wap herba yang panas yang telah banyak memberi manfaat terutamanya kepada wanita melayu sejak zaman berzaman. Bertangas telah lama dipraktikkan oleh masyarakat Melayu iaitu sekitar 500 tahun dahulu. 
Apakah faedah bertangas yang membuatkannya kekal sehingga hari ini. Antara manfaat yang dikenalpasti ialah:
- membersih dan mengecutkan rahim
- Melancarkan peredaran darah
- Memecahkan lemak dan angin
- mengelakkan sembab
- membuang toksid dalam badan
- membuang sel-sel mati
- mengembalikan sistem badan untuk ibu-ibu yang lepas bersalin
- merawat penyakit yang biasa bagi perempuan seperti keputihan, haid tidak teratur dan sebagainya.
- menyegar dan membersihkan kulit
- mencegah ketegangan otot




Set Lengkap Bertangas
Ini adalah produk teras dalam perniagaan kami yang telah berkembang sejak 2008. Ianya dapat bertahan begitu lama kerana terdapat banyak pilihan untuk pengguna apabila menggunakan produk ini. 
Produk ini didatangkan dengan bangku tangas yang diperbuat daripada kayu balau dan diberi jaminan 5 tahun, Periuk tanah dan batu sungai serta dibekalkan percuma 1 bungkus ramuan tangas semporna yang boleh dipakai 3 kali. Set Lengkap Bertangas keluaran Jana herba membolehkan anda melakukan dua cara bertangas.

Tangas Basah : Rebus ramuan tangas (hanya 1/3 sachet untuk satu sesi) dengan 3 gelas air didalam periuk tanah yang dibekalkan dan apabila telah menggelegak diangkat periuk tanah tersebut dan diletakkan dalam bangku tangas, pakai Kain Sarong Tangas dan bertangas terus selama kira-kira 20 minit untuk melengkapkan sesi bertangas.

Tangas Kering : Panaskan batu sungai yang dibekalkan kira-kira 20 minit dengan api yang kecil. Angkat batu yang panas tadi dan letakkan dalam periuk lalu dimasukkan dalam bangku tangas, pakai Kain Sarong Tangas dan ketika hendak duduk tabur ramuan tanas keatas batu panas tadi dan sertamerta asap herba keluar dan bertangaslah dengan asap tersebut.

Ketika bertangas lakukan latihan kemutan. Sesi ini dilakukan dalam 15 ke 20 minit iaitu sehingga hilang panasnya. Masa 15 ke 20 minit amat sesuai dan sudah cukup untuk melengkapkan satu sesi. Anda dinasihatkan untuk minum 2 gelas air setiap kali hendak memulakan sesi bertangas. Sesetengah pelanggan mengimpikan kaedah yang lebih mudah seperti hanya dengan memetik suiz. Oleh itu pihak kami telah memperkenalkan tingkat tangas.



Tingkat tangas
Direka untuk mereka yang inginkan wap herba yang berpanjangan dan untuk mereka yang ingin menggunakan arang. Untuk makluman bertangas menggunakan arang sangat popular di Singapura. Tingkat tangas digunakan dengan meletakkan Set Tangas keatasnya dan ini bermakna dengan menggunakan tingkat tangas Set Tangas akan 9" lebih tinggi.
Dengan membeli Tingkat Tangas anda juga diberi pilihan untuk membeli Periuk Tangas Elektrik yang sesuai dan boleh dimasukkan dalam tingkat tangas tersebut. Inilah kaedah bertangas dengan hanya menekan suiz.
Ianya juga dibekalkan dengan Pan Aluminium yang berperanan untuk menyokong Periuk Tangas atau untuk bertangas dengan menggunakan arang. Bila anda menggunakan arang sedikit demi sedikit air dicurahkan kearang tersebut untuk mengeluarkan haba panas. Masalah timbul bila air dicurah abu putih sekali akan naik dan ini amat merengsakan pengguna tetapi dengan menggunakan tingkat tangas ketinggian lebih dan masalah abu putih dapat dielakkkan.
(gambar menunjukkan Tingkat Tangas telah dicantumkan dengan Set Tangas beserta dengan Alas Kaki Bertungku)



Alas Duduk XL
Set Tangas standard yang dibeli hanya untuk kegunaan wanita yang bersaiz biasa. Untuk yang bersaiz besar sehingga lebih 100kg, duduk diatas set tangas biasa mungkin sedikit tidak selesa kerana bahagian atas yang berlobang hanya bersaiz 12" x12". Oleh itu Janaherba telah mereka penyelesaiannya dengan produk Alas Duduk XL. Produk ini adalah alas duduk set tangas yang bahagian berlobang tapi bersaiz lebih besar iaitu 20" x 20". Apabila ingin menggunakannnya tanggalkan saja alas duduk set tangas biasa dan gantikan dengan Alas Duduk XL dan set tangas boleh digunakan dengan selesa oleh mereka walaupun beratnya lebih 100kg.
(gambar menunjukkan Alas Duduk XL telah dilekatkan pada Set Tangas)



Kain Sarong Tangas
Ketika bertangas wap herba akan keluar terutamanya dari lobang besar diatas Set Tangas selebihnya adalah dari bahagian tepi Set Tangas yang mempunyai lobang (lobang bertujuan untuk senang mengangkat Set Tangas). Untuk hasil yang optimum para pengguna kena pakai kain sarong untuk mengelakkan pembaziran wap herba yang berkhasiat itu. Dari dulu lagi mereka menggunakan kain batik atau kain pelekat. Kain batik atau kain pelikat tidak dapat menutupi Set Tangas yang dibawah apabila kita duduk diatasnya. Kain Sarong Tangas keluaran Janaherba dibuat lebih besar dan anda boleh duduk dengan selesa dan set tangas sentiasa boleh ditutupi, maknanya wap herba tidak akan dibazirkan. Kain Sarong Tangas keluaran Janaherba juga mempunyai tali pencerut yang membolehkan anda memakainya pada paras pinggang atau paras leher.







Ramuan Tangas
Penyediaan Ramuan untuk bertangas juga menjadi masalah kepada sesetengah pelanggan terutamanya yang tinggal dibandar. Oleh itu Jana Herba telah mengeluarkan 2 jenis Ramuan Tangas yang amat berkesan:

Ramuan Tangas Semporna: diperbuat daripada campuran Halia, Halba dan Habatus Sauda. Dengan sukatan yang betul dan seimbang ianya akan mengeluarkan wap herba yang sangat berkhasiat kepada pengguna. Ia digunakan untuk mengelakkan sembab air dan sembab angin dan membuang toksid.

Ramuan Tangas Maharani: dibuat daripada campuran daun sirih, daun semalu dan habatus sauda. Diadun dengan begitu teliti untuk memastikan tujuannya penggunaannya dapat dicapai dengan optimum. Ianya memang berkesan untuk para ibu lepas bersalin dan wanita yang lepas datang bulan kerana boleh membersih dan mengecutkan rahim juga mengelak keputihan, rahim jatuh dan otot kencing yang longgar.

Saturday, September 14, 2013

Pusat Terapi Jana Herba menjanjikan lebih lagi untuk pelanggan.


Sejak memulakan perniagaan ini iaitu pada tahun 2008, Kami telah berurusniaga dalam talian (online). Pelanggan kami terdiri dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Kepada yang berkesempatan mereka ingin pergi sendiri kekilang kami diBukit Beruntung. Maka Janaherba telah mengambil keputusan untuk membuat sedikit renovasi pada kilang untuk memberi lebih perkhidmatan kepada pelanggan.






Maka kilang kami di No. 15, Jalan Jejarum 2B/3, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor telah dijadikan Pusat Terapi JanaHerba, Ianya bertindak sebagai:
1. Penjualan dan pengambilan produk untuk pelanggan dan pengedar.
2. Perkhidmatan untuk mencuba produk.
3. Pusat Servis untuk pembaikan.

Penjualan dan Pengambilan Produk
Kepada seluruh pelanggan dari Malaysia mereka kini boleh datang terus ke Pusat Terapi Janaherba untuk membeli produk dan mendapat tunjuk ajar dan nasihat daripada kami tentang kelebihan produk-produk Janaherba. Kepada yang tiada kesempatan kami masih membuat penjualan melalui "online" dengan pusat pengambilannya di Pusat Terapi Janaherba ini.

Perkhidmatan untuk mencuba produk
Di Pusat Terapi Janaherba para pelanggan juga boleh mencuba pelbagai produk Janaherba. Mereka boleh mandi wap kerana disediakan bilik berasingan untuk lelaki dan perempuan. Sesi bertangas juga disediakan untuk mereka yang memerlukan terutamanya kepada para ibu dalam pantang. Ini bermakna jika mereka tidak berniat untuk membeli para pelanggan masih boleh menikmat kaedah bertangas dan mandi wap dengan datang terus ke Pusat Terapi Janaherba dengan cas yang berpatutan.

Pusat Servis untuk pembaikan.
Kepada para pelanggan, Janaherba telah memberi jaminan yang tertentu untuk setiap produk. Dalam tempoh jaminan para pelanggan boleh datang terus ke Pusat ini dan pihak Janaherba akan membaikinya tanpa sebarang kos. Jika telah lepas tempoh jaminan mereka akan dikenakan cas yang berpatutan.

Kebanyakan pelanggan yang ditanya, mereka lebih suka datang terus ke Pusat Terapi Janaherba ini kerana boleh mendapat tunjuk ajar dan nasihat terus daripada kami dalam segala hal tentang bertangas dan mandi wap.

Untuk lebih maklumat anda bolehlah menghubungi{

Ahmad Tarmizi bin Zaid
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
Janaherba Enterprise (001744170-W)
15, Jalan Jejarum 2B/3,
Bukit Beruntung,
48300 Rawang, Selangor
Tel: 012-6963987
email: janaherba@gmail.com
blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com