Tuesday, December 2, 2014

Set Sauna Mudahalih - Perkhabaran baik untuk pengusaha Spa bergerak (Mobile Spa)

Salam sejahtera kepada semua,

Perkara yang baik yang diwar-warkan sejak setahun lepas telah pun menjadi kenyataan. Kini Set Sauna Mudahalih telah pun bersedia untuk bersaing dipasaran.

Set Sauna Mudahalih diilhamkan atas permintaan para pengusaha Spa Bergerak (Mobile Spa). Mereka menginginkan satu set sauna yang boleh dibawa kesana kemari yang mana boleh dimasukkan kedalam boot kereta dengan mudah. Apabila sampai kerumah pelanggan Set Sauna tersebut senang dipasang dan dibuka dan mestilah senang dikendalikan oleh seorang saja. Dengan Set Sauna Mudahalih keluaran Janaherba perkara ini telahpun diambilkira.

Set Sauna Mudahalih mengandungi Kerusi Lipat Sauna yang diperbuat daripada kayu pain dan kayu balau, Alas Atas Sauna yang boleh dilipat, Kain Kabin, Periuk Letrik, hos stainless steel, skru dan allan key.

Langkah demi langkah:
 

1: Buka Kerusi Lipat Sauna dan letakkan ditempat yang rata
 

2. Buka Alas Atas Sauna dan masukkan pangkalnya kedalam lobang di bahagian penyandar Kerusi Lipat Sauna.
 

3. Ketatkan dengan 3 skru yang dibekalkan. Dua dibahagian sisi dan satu dibahagian bawah (lihat gambar)
 
 
 


4. Apabila telah siap, selubungkan dengan Kain Kabin dan bahagian yang terbelah (tempat masuk) menghadap kehadapan.
 

5. Pasang Hos stainless steel ke periuk letrik dan masukkan hujungnya ke lobang Kain Kabin (dibahagian belakang)
 

6. Rebus Ramuan Sauna Segar dengan 3/4 air. Wap herba akan memenuhi kabin selepas 20 minit kemudian.
7. Minum air masak dan dan bilas badan dahulu sebelum masuk kedalam Sauna.
8. Masuk dalam kabin dan duduklah dalam keadaan tenang (siku diletak pada armrest)

8. Bersaunalah selama 30 atau 45 minit mengikut kesesuaian badan.

Selain dari rekaannya yang mudah dipasang dan digunakan ianya juga mudah dicuci, masukkan saja Kain Kabinnya kedalam mesin pembasuh setiap kali selepas bersauna kerana kain Kabin adalah dari teteron cotton yang bukan dari kain kanvas yang berat dan susah dikendalikan.

Dengan adanya Set Sauna Mudahalih keluaran terbaru Jana Herba, para pengusaha Mobile Spa dapat menambah pakej atau mengubahsuai pakej yang sedia ada supaya lebih mesra pelanggan. Terutama kepada yang mengurut, bersauna amat sesuai dipakejkan.

Kerusi Lipat Sauna boleh juga digunakan hanya untuk bersantai seperti dilaman rumah, dipantai atau ditempat perkelahan kerana ianya sungguh mudah dipasang dan ringan untuk dibawa kesana kemari.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah hubungi:
Ahmad Tarmizi bin Zaid
Pengurus bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
15, Jalan Jejarum 2B/3,
Bukit Beruntung (BB9),
48300 Rawang, Selangor
Tel: 012-6963987
email: janaherba@gmail.com
blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com

No comments:

Post a Comment