Sunday, January 11, 2015

Set Tangas A1 (All in 1/Semua dalam 1)

Set Lengkap Bertangas (RM345) yang berada dipasaran untuk memudahkan pengguna memulakan sesi bertangas. 
Dengan saiznya yang handy membolehkan pengguna melakukan sesi bertangas dimana saja dan boleh melakukan 
tangas basah dan kering dengan mudah.

Kemudian Tingkat Tangas (RM270) direka supaya pengguna boleh menggunakan periuk letrik (RM70) untuk sesi bertangas yang lebih lama dan 
tray aluminium untuk bertangas menggunakan arang.
Alas Duduk XL (RM135) pula untuk pengguna yang bersaiz besar. Apabila Set Tangas dan Tingkat Tangas digunakan ianya agak tinggi
dan Alas Kaki (RM170) diperlukan untuk pengguna yang agak rendah. Total untuk semua kelengkapan bertangas ini ialah RM1,002.00.

Bagaimana jika kami menawarkan "semua" ini dengan harga RM690.00 sahaja?

Memperkenalkan Set Tangas A1 (All in 1/Semua dalam 1)


Set Tangas A1 direka atas permintaan para pengusaha spa. Mereka inginkan semua kelengkapan bertangas berfungsi dalam satu set. 
Kami rasa ianya bukan saja baik untuk pengusaha spa malah pengguna persendirian juga dapat manfaatnya dengan boleh memilih
sesi bertangas samada tangas basah, kering, arang atau menggunakan periuk letrik. Set Tangas A1 didatangkan dengan bangku tangas daripada 
kayu balau dan diberi jaminan 5 tahun, Periuk Tanah, Batu Sungai, Periuk Letrik, Tray Aluminium dan percuma 1 ramuan herba tangas yang
boleh dipakai 3 kali. 

Dua paras yang praktikal


Set Tangas A1 direka dengan dua paras yang berlainan fungsi. Gunakan kayu pelaras dan letakkan diparas atas. Paras atas digunakan dengan periuk tanah (dibekalkan) untuk sesi tangas basah dan kering (dengan batu sungai yang dibekalkan) atau menggunakan  
tray aluminium (dibekalkan) untuk sesi bertangas menggunakan arang,
Gunakan kayu pelaras dan letakkan diparas bawah. Paras bawah digunakan dengan periuk letrik (dibekalkan) bersama tray aluminium 
(untuk menstabil periuk) untuk sesi tangas basah tapi wapnya lebih tahan lama.


Alas Duduk lebih besar

Alas Duduk untuk Set Tangas A1 lebih besar daripada set tangas biasa oleh itu pengguna tidak perlu menempah Alas Duduk XL yang lain.


A1 lebih tinggi

Set Tangas A1 direka lebih tinggi daripada Set Biasa dan lebih rendah daripada Set yang digabungkan dengan tingkat tangas. Oleh itu apabila duduk penguna merasa lebih selesa dan hanya seperti duduk di "bench" dan ianya tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi

Pintu sebagai alas kaki

Jika ingin mengalas kaki semasa sesi bertangas bukakan pintunya dan letakkan kedua dua kaki diatas pintu tersebut. Ianya berperanan seperti Alas Kaki Bertungku. Binaan pintunya agak kuat tetapi gunakanlah dengan berhati hati kerana pintu tersebut bukanlah Alas Kaki Bertungku.

Jika berminat bolehlah hubungi saya;
Ahmad Tarmizi bin Zaid
Bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
15, Jalan Jejarum 2B/3,
48300 Rawang, Selangor.
Tel: 012-696 3987
email: janaherba@gmail.com
blog: http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com

No comments:

Post a Comment