Wednesday, September 9, 2015

Ini sungguh memalukan

Salam Sejahtera

Ketika kami memulakan Perniagaan berlandaskan kaedah penguwapan herba kira-kira 8 tahun lalu, niat kami ialah untuk mempromosikan kaedah ini bukan saja pada budaya kita malah kepada kaum lain juga. Nampaknya perkara tersebut telah menarik minat pihak lain juga.

Kami tidak kisah dengan persaingan tetapi tidak sampai menciplak hasil kerja kami.

Apa yang kami dapati didalam blog Allincorner sungguh menjengkelkan dan tidak beretika. Bermula dengan memuat naik gambarajah bertangas yang kami hasilkan (dengan kaedah software Illustarator) hinggalah menciplak Set Tangas kami.

Ketika Allincorner memuat naik gambar bertangas kami masih bersabar atas nama mempromosikan kaedah bertangas. Gambar tersebut dimuat naik tanpa meminta kebenaran dari pihak kami dan tidak sedikit pun kredit yang diberi malah diletak pula nama blog dan nombor telefon - sungguh menjengkelkan

 Sekarang Allincorner pergi lebih jauh lagi dengan menciplak Set Tangas yang telah kami reka.
Set Tangas ini dari segi rekabentuknya serupa dengan Set Tangas kami tetapi bahannya berlainan. Kami menggunakan Kayu Pain yang diimpot yang amat sesuai dengan kaedah penguwapan herba. Set tangas Allincorner menggunakan kayu meranti yang boleh didapati di kedai hardware. Malah ia bukanlah kayu meranti biasa tetapi kayu meranti "finger joint"yang menggunakan "resin glue" untuk menyambungnya. Resin glue akan mengeluarkan "chemical reaction" apabila dipanaskan dan ini merbahaya kepada kesihatan.

Kami berharap perkara yang menjengkelkan dan tidak langsung beretika ini segera dihentikan sebelum tindakan lanjut diambil. Ada banyak cara untuk berniaga yang diredhai Allah dengan tidak menganiaya sesama islam.

Sekian...

No comments:

Post a Comment