Sunday, September 27, 2015

Kerusi tangas baru


Alhamdullillah, ianya menjadi kenyataan.

Set Tangas rekaan baru dibuat dengan niat supaya semua wanita dapat mengamalkan sesi bertangas yang bermanfaat ini. Mungkin Set Tangas yang dibuat daripada Kayu Pain sepenuhnya agak mahal. Set baru ini adalah pilihan yang tepat bagi kaum wanita.





Rekaannya yang praktikal:
Saiz - Berukuran 16" (tinggi) x 15" (lebar) x 13" (panjang). Ianya lebih besar dan tinggi daripada Set Lengkap Bertangas membolehkan mereka yang bersaiz besar boleh menggunakannya dengan selesa.
Praktikal - Boleh dilipat dan senang dibawa membolehkan para wanita melakukan sesi bertangas dimana saja (rumah, balik kampung) dan senang disimpan.
Fungsi - Pengguna boleh melakukan tangas basah, tangas kering atau tangas guna arang. Tempat duduk dan pelantar dibawahnya diperbuat daripada kayu pain supaya pengguna mendapat khasiat kayu pain. Kakinya daripada kayu balau untuk lebih kuat dan boleh menampung berat yang lebih.
Kayu pelantar dibawahnya ditinggikan supaya rapat dengan lubang tangas untuk kesan yang optimum
Option lain - Saiznya yang handy boleh digunakan sebagai bangku untuk riadah luar, memancing, perkhemahan dan perkelahan. Ringan dan senang dibawa walaupun oleh kanak-kanak.




Harga sebuah Set Tangas Baru ini ialah RM260, lengkap dengan kerusi tangas daripada kayu Pain dan Balau dan diberi jaminan kilang 1 tahun, Periuk Tanah dan Batu Sungai.

dan... Janaherba selalu mengeluarkan produknya dengan harga pengenalan.

Untuk Set Tangas baru ini kami menawarkan harga pengenalannya yang sungguh murah iaitu RM195 sahaja, dan ianya hanya untuk 50 unit pertama. Pengguna perlu membeli 2 UNIT  untuk mendapatkan harga ini. 

Oleh itu pakat pakatlah dengan rakan taulan, jiran tetangga dan saudara mara untuk sama-sama mendapat faedah daripada tawaran kami ini. Set Tangas Baru ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan dan mendapat cahaya mata.

Set Tangas baru ini masih belum diberi nama. Anda boleh memberi nama set baru ini dan berpeluang memenangi 1 unit set tangas baru ini. Sila SMS atau Whatsapp ke nombor 012-6963987.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang kita usahakan... Amin

Untuk ketarangan lanjut bolehlah hubungi:

Ahmad Tarmizi
Bahagian Jualan dan Promosi
Jana Herba Enterprise
No. 15, Jalan Jejarum 2B/3,
Bukit Beruntung, Rawang
Tel: 012-6963987
email: janaherba@gmail.com
blog:  http://bertangasdanmandiwap.blogspot.com

No comments:

Post a Comment