Wednesday, November 18, 2015

Mandiwap herba untuk kesihatan yang total

Assalammualaikum dan salam sihat untuk semua rakyat Malaysia

Jana Herba  pengeluar produk mandiwap herba mengadakan sesi SAUNA RAKYAT pada setiap Ahad. Sesi mandiwap herba ini pada hari biasa rm35 tapi pada hari Ahad hanya rm10 untuk 15 minit. Ada dua sesi iaitu 8.30pagi - 11.30pagi dan 3.30petang - 8.00malam. Sila bawa towel, seluar pendek (lelaki), kain batik (perempuan) dan air minuman. Kami juga ada menyediakan barangan tersebut dengan cas yang berpatutan. Bawalah keluarga, kengkawan dan jiran untuk merasai mandiwap herba dalam kabin kayu yang sangat mengujakan dan sangat banyak faedahnya untuk kesihatan.

Jumpa saya, Tarmizi dan Puan Norliza pada hari Ahad di Jana Herba Enterprise, 15 Jalan Jejarum 2B/3, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Luangkanlah sedikit masa untuk kesihatan tubuh badan kita...










Mudah yang membawa tuah...

Begitulah bertuahnya Puan Nor Hazwani apabila memenangi satu Set Tangas rekaan baru. Beliau telah menyertai peraduan menamakan set tangas rekaan baru pada saat akhir dan telah memberi nama Set Tangas Easy2U. 

Jana Herba tertarik dengan nama ini dan telah menamakan set baru ini sebagai Set Tangas EZi (easy). Nama ini difikirkan sesuai kerana mudah disebut dan selari dengan nama satu lagi set tangas kami iaitu Set Tangas A1.

Nama EZi dipilih kerana reka bentuk set tangas ini yang mudah dikendalikan, mudah disimpan dan mudah dibawa kemana mana.

Semenjak dilancarkan pada 27 September lalu Jana Herba telah menerima lebih 30 penyertaan untuk menamakan Set Tangas baru ini.

Ketika ditemui semasa penyampaian hadiah Ahad lalu (15/11/15) Nor Hazwani merasa terharu dipilih sebagai pemenang. Beliau memang berminat dengan set tangas ini dan berniat untuk memilikinya. "Dengan kemenangan ini bolehlah bertangas kat rumah saja" katanya yang selalu ke Spa untuk bertangas.

Nor Hazwani yang ditemani oleh suaminya Anuar telah menerima satu Set Tangas EZi beserta ramuan tangas Maharani daripada Puan Norliza pengasas Jana Herba.

Tahniah daripada Jana Herba Enterprise


     Nor Hazwani begitu teruja memenangi Set Tangas EZi



    Puan Norliza pengasas Jana Herba menyampaikan hadiah kepada Nor Hazwani dengan ditemani suaminya Anuar.

Wednesday, November 4, 2015

Pelbagai risalah bagi produk Jana Herba



Salam Sejahtera 

Jana Herba sentiasa memikirkan bagaimana untuk memudahkan pelanggan dan mendapat manfaat yang optimum apabila menggunakan produknya.

Setiap set bertangas keluaran Jana Herba Enterprise bukan saja dibuat dengan mutu dan kekuatannya ianya juga datang dengan jaminan kilang iaitu jika dalam tempoh jaminan terjadi kerosakan disebabkan cara pengilangan atau pembuatan kami maka kami akan perbaiki tanpa kos kecuali kos penghantaran.

Contohnya jika retak yang kami tak sedari dan bila pengguna pakai ianya pecah atau patah. Contoh seperti ini yang kami akan perbaiki tanpa sebarang kos.

Selepas tempoh itu kami juga akan perbaiki dengan harga yang berpatutan.

Satu lagi kelebihan produk Jana Herba ialah setiap satunya datang dengan risalah panduan pengguna. Setiap satu risalah ini dipaparkan tentang keterangan produk, kelebihan produk, cara pengendalian, cara penjagaan, cara bertangas dan kelebihan bertangas. Ada juga opsyen opsyen lain yang boleh pelanggan pilih untuk memudah dan mengoptimumkan sesi bertangas.

Apa yang cuba ingin dinyatakan ialah Jana Herba berusaha sedaya upaya supaya pelanggan betul betul faham dan mendapat manfaat yang optimum apabila menggunakan produk kami.