Wednesday, November 4, 2015

Pelbagai risalah bagi produk Jana Herba



Salam Sejahtera 

Jana Herba sentiasa memikirkan bagaimana untuk memudahkan pelanggan dan mendapat manfaat yang optimum apabila menggunakan produknya.

Setiap set bertangas keluaran Jana Herba Enterprise bukan saja dibuat dengan mutu dan kekuatannya ianya juga datang dengan jaminan kilang iaitu jika dalam tempoh jaminan terjadi kerosakan disebabkan cara pengilangan atau pembuatan kami maka kami akan perbaiki tanpa kos kecuali kos penghantaran.

Contohnya jika retak yang kami tak sedari dan bila pengguna pakai ianya pecah atau patah. Contoh seperti ini yang kami akan perbaiki tanpa sebarang kos.

Selepas tempoh itu kami juga akan perbaiki dengan harga yang berpatutan.

Satu lagi kelebihan produk Jana Herba ialah setiap satunya datang dengan risalah panduan pengguna. Setiap satu risalah ini dipaparkan tentang keterangan produk, kelebihan produk, cara pengendalian, cara penjagaan, cara bertangas dan kelebihan bertangas. Ada juga opsyen opsyen lain yang boleh pelanggan pilih untuk memudah dan mengoptimumkan sesi bertangas.

Apa yang cuba ingin dinyatakan ialah Jana Herba berusaha sedaya upaya supaya pelanggan betul betul faham dan mendapat manfaat yang optimum apabila menggunakan produk kami.

No comments:

Post a Comment