Monday, September 19, 2016

Kerusi Tangas untuk kesihatan anda - jangan ambil risiko


Kerusi Tangas direka untuk memulih dan mengecutkan rahim dan pelbagai faedah sampingan seperti melancarkan peredaran darah, mengelak sembab, mencegah buasir dan pelbagai. Inilah tujuan asal semasa kami mencipta set tangas kira-kira 9 tahun dahulu.
Perkembangan terbaru ramai telah melibatkan diri dalam pembuatan set set tangas. Ini perkembangan yang memberangsangkan dan membuatkan pelanggan mempunyai banyak pilihan.

Tetapi tujuan tidak sama. Ada yang bersandarkan keuntungan tanpa menghiraukan masalah yang bakal menimpa pengguna.

Kebanyakan kerusi tangas terkini dibuat daripada pelbagai material. Ada yang diperbuat daripada kayu solid seperti kayu pain, meranti, balau dan chengal, Ada yang diperbuat daripada plywood, besi dan kayu tebusguna (recycle)

Tentang bahan kami sudahpun ulaskan dalam artikel yang lepas tetapi apa yang ingin kami nak tekankan kali ini adalah tentang kemasan iaitu cat kayu.


Cat kayu mengandungi banyak bahan kimia. Antara cat kayu yang kita kenal ialah cat kayu Glos, Sellac dan Lacquer.

Dan antara bahan kimia yang terkandung dalam cat ialah Akrilic, polivinal asetat, fenolik, resin alkid, vinil asetat, resin akrilik, alkohol polivinil, silikon, resin epoksi, poliuretan, Titanium oksida, Fe2O3, Cr2O3, Pb3O4 Bezena, Naftalena
(rujukan: dwi13shakti.blogspot.my)

Kemasan kayu bertujuan untuk mencantik dan menutup kecacatan pembuatan juga melindung kayu. ianya bagus selagi tidak terdedah kepada kepanasan. Masalah timbul bila ia digunakan untuk kerusi tangas kerana sesi bertangas memerlukan wap panas. Apabila terkena panas bahan bahan ini akan meruap (membebaskan bahan kimia). Apabila meruap bahan kimia tersebut boleh memasuki tubuh melalui pernafasan dan kulit kita dan berupaya menimbulkan masalah kesihatan.



Itulah sebabnya Jana Herba hanya menggunakan minyak kayu sebagai kemasan untuk kerusi tangas.Ianya bersifat natural dan tidak mendatangkan kesan sampingan.


Seperti yang pernah kami ingatkan sebelum ini, membeli Kerusi Tangas bukanlah kerana cantik dan bukan kerana harganya yang murah tetapi kerana fungsinya untuk kesihatan kita.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda sekalian...


Pesanan daripada Jana Herba - pembuat set tangas moden sejak 2007.

No comments:

Post a Comment